comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok

Anggota JBPM Terengganu dalam misi mencari dan menyelamat seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok di sini, hari ini.

Sebelum kejadian, mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dari Petaling Jaya bersama isteri, Nora Elina Abdul Khalil, 44, dan dua anak perempuannya berusia antara 9 hingga 11 tahun bermain di tepi pantai pada 11.20 pagi.

Mangsa dikatakan secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras ketika bermain ombak di tepi pantai.

Ketika kejadian, isterinya bersama dua anaknya sedang bermain pasir berhampiran tempat kejadian.

Mangsa dan keluarganya dikatakan mendaftar masuk di sebuah hotel di Batu Burok pada Jumaat lalu dan dijangka mendaftar keluar esok.

Komandan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Yusnizan yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pengurusan hotel pada 11.30 pagi.

Menurutnya, setakat ini operasi mencari dan menyelamat sejauh kira-kira 20 meter daripada pantai masih diteruskan

Difahamkan, kejadian lemas di Pantai Batu Burok adalah kes pertama berlaku tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini