comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Video lelaki didakwa cuba bunuh wanita mengandung tular

PETALING JAYA: Video pertengkaran seorang lelaki dengan seorang wanita dipercayai pasangannya berhampiran sebuah kolam renang sebuah kompleks kondominium mencuri perhatian ramai nitezen.

Video dikongsi pengguna laman web X yang memakai nama @adibhazlami.

@buletintv3Teman lelaki cuba lemaskan kekasih, berang selepas diberitahu mengandung. #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #CubaanBunuh♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Ramai netizen berpendapat tindakan lelaki itu adalah satu bentuk serangan kejam terhadap pasangannya.

Lebih mengejutkan apabila lelaki itu kemudian dirakam sedang mengheret wanita itu yang dikatakan sedang mengandung ke dalam kolam renang itu dipercayai bagi melemaskannya.

Turut disertakan dalam video itu tulisan bahawa kejadian itu dikatakan berlaku di Malaysia.

@adibhazlami dalam sisipannya turut meminta pendapat pengguna nitezen jika perbuatan lelaki itu boleh dianggap sebagai cubaan membunuh.

Reaksi diterima beliau agak memeranjatkan apabila seorang lagi pengguna X atas nama @RaziTheBoss007 berkongsi butiran terperinci kejadian itu.

Katanya, kejadian berlaku semalam.

Seorang rakannya terdengar jeritan di luar kediamannya lalu dia pergi ke balkoni rumah dan melihat lelaki itu sedang memukul wanita terbabit dan berulang kali cuba melemaskannya.

Kawannya itu kemudian segera turun bagi meleraikan pergaduhan itu dan selepas beberapa ketika baharu beberapa orang pengawal keselamatan muncul.

“Wanita itu memberitahu rakan saya bahawa dia memberitahu lelaki terbabit mengenai kandungannya dan enggan menggugurkannya hingga menyebabkan lelaki itu marah dan memukulnya,” katanya.

Katanya, kawannya memberitahu bahawa wanita itu masih mempertahankan lelaki itu ketika pengawal keselamatan terbabit tiba dan berulang kali meminta agar tidak mencampuri urusan mereka.

Tambah @RaziTheBoss007, semua kejadian itu berlaku dalam tempoh antara 20 hingga 30 minit dan berjaya dirakam rakannya itu sebelum kumpulan pengawal keselamatan terbabit muncul.

Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di Kondominium D’latour di Subang Jaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini