Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lantang bela Palestin, Malaysia tidak peduli tekanan kuasa besar

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Meskipun sedar bakal berdepan tekanan daripada kuasa besar, kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas mempertahankan dan membela hak rakyat Palestin.

Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata pendirian Kuala Lumpur amat penting kerana kekejaman rejim Zionis Israel melampaui batas kemanusian dan perundangan.

Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan.

“Manifestasinya adalah Datuk Seri Anwar berhubung dengan Ismail Haniyeh iaitu pemimpin Hamas jadi memang isu ini adalah tindak balas daripada negara kuasa besar yang mempertahankan hak Israel ,tekanan itu memang ada kepada kita” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tambahnya pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Arab dan Islam ketika ini amat penting untuk menunjukkan kesatuan bagi menghentikan kekejaman yang berlaku di bumi Palestin.

Foto: Reuters

Ujar Dr Azmi,beliau berpandangan Datuk Seri Anwar mempunyai ketokohan dalam kalangan dunia Islam untuk menyuarakan kembimbangan terhadap perang di Gaza.

“Penting dalam hal ini Malaysia sebagai sebuah negara Islam perlu bersama-sama pemimpin Arab terutama sekali untuk menyuarakan satu suara mempertahankan hak orang Palestin itu sendiri”.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini