Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPN ‘terjah’ balai polis di Ipoh

FOTO: Tan Sri Razarudin Husain/ TikTok

KUALA LUMPUR: ‘Aman 1 on the air’. Nama panggilan atau ‘call sign’ itu bergema menerusi saluran radio pasukan, mengejutkan petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Nama panggilan yang merujuk kepada orang nombor satu Bukit Aman itu kedengaran apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerjah Balai Polis Tambun, di Ipoh, Perak.

Razarudin menerusi satu hantaran di TikTok berkata, beliau mengambil kesempatan itu untuk bertemu dan bertegur sapa bersama anggota dan pegawai di balai terbabit.

@igrazor Tiba di Kontinjen Perak semalam untuk lawatan kerja rasmi, saya meneruskan tinjaun ke Balai Polis Tambun yang terletak di Ipoh, Perak. Peluang dapat bertemu dan bertegur sapa dengan pegawai dan anggota bertugas di lapangan merupakan satu usaha berterusan yang akan saya lakukan untuk memelihara imej Pasukan disayangi ini. Penghargaan saya buat semua petugas di lapangan. Teruskan usaha yang cemerlang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. #igrazor #polisdirajamalaysia #pdrm #fyp ♬ original sound – Tan Sri Razarudin Husain


Beliau turut memberikan pesanan dan nasihat kepada semua petugas di lapangan menerusi radio pasukan Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Ipoh di Balai Polis Tambun, Perak semalam.

“Penyelia, jalankan tugas dan tanggungjawab sebagai penyelia, pastikan semua callsign yang dipanggil dan petugas di lapangan sekiranya menahan mana-mana orang atau membuat pemeriksaan, laporkan kepada DCC.

“Saya minta semua petugas di lapangan bekerja dengan ikhlas, jaga diri, jaga keselamatan dan jaga masyarakat. Tango Kilo (terima kasih) kepada semua,” katanya kepada semua petugas DCC Ipoh menerusi radio pasukan.

Menerusi video berdurasi tiga minit 28 saat itu memaparkan beliau membuat pemeriksaan buku log, buku nota anggota, malah memeriksa kemudahan seperti tandas dan peti ais.

“Peluang dapat bertemu dan bertegur sapa dengan pegawai dan anggota bertugas di lapangan merupakan satu usaha berterusan yang akan saya lakukan untuk memelihara imej pasukan disayangi ini.

“Penghargaan saya buat semua petugas di lapangan, teruskan usaha yang cemerlang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Tindakan Razarudin turun padang bagi memantau dan melihat sendiri penugasan anggota di lapangan menerima pujian daripada orang ramai.

Ramai berpendapat tindakan orang nombor satu Polis Diraja Malaysia itu akan meningkatkan moral dan integriti anggota serta pegawai polis secara keseluruhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini