KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan penunggang motosikal cedera dirempuh tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Syed Putra berhampiran susur Jalan Klang Lama di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial mengenai kejadian itu.
View this post on Instagram
Mohd Zamzuri berkata pihaknya mendapati kejadian berlaku jam 11.46 pagi membabitkan sebuah motosikal, kereta dan lori di Jalan Syed Putra dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jalan Klang Lama.
“Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila tayar dari sebuah lori tercabut dan terpelanting lalu terkena motosikal dan kereta yang berada di belakangnya dari arah yang sama.
“Penunggang motosikal yang berumur 55 tahun cedera dan masih dalam rawatan hospital manakala pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.