comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes Spanco: SPRM teliti sistem dan prosedur pemberian kontrak


Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Skop siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berhubung kontrak perolehan syarikat membekal dan mengurus kenderaan kerajaan, Spanco Sdn. Bhd. menjurus kepada sistem dan prosedur pemberian kontrak.

Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata turut diteliti keputusan pembatalan terhadap syarikat yang dikatakan sepatutnya mendapat projek terbabit.

Azam berkata pihaknya memerlukan sedikit masa lagi bagi mengkaji dokumen berkaitan sebelum melengkapkan kertas siasatan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

“Ini isu yang menuntut SPRM untuk menyiasat jadi kita masih lagi meneruskan lagi siasatan tentang isu-isu ini. Belum lagi boleh saya nyatakan kukuh atau tidak, siasatan masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama Buletin TV3 di Putrajaya baru-baru ini.

Sebelum ini, kediaman seorang ahli perniagaan bergelar ‘Tan Sri’  diserbu SPRM berhubung siasatan dakwaan  rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

Empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan juga diserbu.

Setakat ini lebih 20 individu sudah dipanggil bagi membantu siasatan, selain kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan telah dibekukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini