comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes Bunuh Farah Kartini: Pasukan Forensik beredar dari lokasi pencarian kedua 

TROLAK: Operasi pencarian Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kedua di Sungai Slim, Kampung Batu 4, di sini bagi mencari barangan milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ditangguhkan sebentar tadi.

Difahamkan ia susulan keadaan arus sungai yang deras serta paras air tinggi yang menyukarkan pasukan penyelam melakukan pencarian, selain berisiko tinggi.

Pasukan Forensik dilihat meninggalkan lokasi kira-kira jam 12.15 tengah hari.

Pemerhatian Buletin TV3 mendapati paras air Sungaii Slim naik ekoran hujan lebat pada sebelah pagi tadi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila operasi pencarian akan dijalankan di lokasi kedua.

Buletin TV3 akan memberi perkembangan terkini dari semasa ke semasa berkaitan pencarian di lokasi kedua ini.

Rabu lalu, pasukan mencari melibatkan Unit Forensik dan Unit Siasatan Sub-Akuatik Forensik PDRM berjaya menemui beg dipercayai milik Allahyarham.

Beg berkenaan ditemui kira-kira 270 meter dari jambatan Sungai Slim.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim, ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini