comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerja-kerja penilaian dan pembaikan tanah mendap di Kompleks Bunga Raya bermula petang ini

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

SEPANG: Kerja-kerja penilaian dan pembaikan tanah mendap yang berlaku di hadapan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) akan dimulakan petang ini.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at, kerja-kerja tersebut akan dijalankan sejurus peralatan dan jentera-jentera tiba.

“Kawasan ini di bawah seliaan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), mereka pun dah tahu isu ini dan sudah buat pemeriksaan pagi tadi.

“Jadi petang ini, mereka akan bertindak untuk menilai dan memeriksa apa punca sebenar kejadian dan mendapatkan solusi bagi pembaikan akan datang.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kerosakan dilaporkan berlaku dan meminta agar orang ramai tidak membuat buat spekulasi.

Buat sementara waktu, laluan ke Kompleks Bunga Raya ditutup sepenuhnya untuk orang ramai bagi memastikan keselamatan.

“Berapa lama tutup bergantung kepada penilaian mengenai kerosakan yang berlaku. Kalau rosaknya permukaan sahaja, sekejap sahaja lah. Sekiranya ada kerosakan lain, mesti akan ambil masa lebih,” jelasnya.

Dalam pada itu, MAHB dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook mereka mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, laluan di kedua-dua terminal KLIA tidak terkesan selain perkhidmatan penerbangan turut berjalan seperti biasa.

Terdahulu, satu mendapan tanah dikesan berlaku berhampiran laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Sepang pagi tadi dan kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran paip kumbahan milik KLIA.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini