Oleh: Hilmi Abdul Malik
KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang.
Terdahulu, jenazah Allahyarham ditempatkan di dewan khas Masjid Negara selepas solat jenazah bagi membuka ruang kepada sesi penghormatan terakhir.
Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dalam perjalanan menuju ke Pangkalan Udara Subang. pic.twitter.com/4SJMdacdjK
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2024
Solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni Iman.
Jenazah Tun Abdul Taib yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak akan diterbangkan ke Kuching untuk penghormatan terakhir peringkat negeri.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.40 awal pagi tadi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
Jenazah Allahyarham dijadual dikebumi di Tanah Perkuburan Demak esok selepas solat Zohor.
Antara yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara termasuklah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pangkalan Udara TUDM Subang mula dihadiri VVIP
- [LANGSUNG] Perjalanan Terakhir Tun Abdul Taib Mahmud
- Jenazah Tun Abdul Taib diberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara
- Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara
- Jemaah Menteri rakam takziah kepada keluarga Tun Taib Mahmud
- Tun Abdul Taib nakhoda era moden Sarawak
- Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia