comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

SUBANG JAYA: Jenazah penyanyi terkenal era 80-an, Allahyarham Rohana Jalil, 68, selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, dekat sini.

Jenazah Rohana atau nama sebenar Dara Abdul Jalil sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Falah USJ9.

Kilafairy menyiram air ke atas pusara ibunya penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pagi tadi. – FOTO :NSTP

Kira-kira 300 ahli keluarga termasuk saudara mara, rakan selebriti dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara rakan artis yang hadir, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Nash, Datuk Azizul Khamis, Jaafar Onn, Noraniza Idris, Ramlah Ram, Herman Tino dan ramai lagi.

Terdahulu, Rohana dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus.

Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang dan terpaksa diletakkan di wad pemantauan.

Turut dilaporkan sebelum ini, jantung Allahyarham boleh terhenti secara tiba-tiba kerana jangkitan kuman sudah merebak ke beberapa organ dalaman.

Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Jahangir Khan pada 1984 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Rosella, Shakira Idora dan Syakila Nisa atau Kilafairy.

Loading...
Terkini