Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jasad mangsa pesawat terhempas dituntut keluarga

FOTO: NSTP

KLANG: Jasad dua mangsa nahas pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kapar semalam, dituntut keluarga masing-masing petang ini selepas proses bedah siasat selesai.

Jasad pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, dituntut keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini kira-kira jam 3 petang dan dibawa ke rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang, Johor Bahru.

FOTO: NSTP

Difahamkan urusan persemadian Roshaan Singh akan dilakukan esok.

Sementara itu, jasad juruterbang pesawat malang berkenaan Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, pula dibawa keluar keluarganya dari Jabatan Forensik HTAR pada jam 6.08 petang ke Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi, Kuala Lumpur untuk disemadikan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S Vijaya Rao berkata bedah siasat terhadap kedua-dua mangsa mendapati punca kematian adalah akibat pelbagai kecederaan nahas pesawat.

Kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 1.45 tengah hari semalam.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini