comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Duit jual kuih bawa dua beradik ke Perancis


Oleh: Aslina Abu Bakar

GOMBAK: Kesungguhan mampu mengatasi segala rintangan.

Ia dibuktikan oleh dua beradik, Abdurrahman Ahmad Kuaz, 14, dan Heba Nusaybah, 11 yang mampu terbang ke Perancis menyertai pertandingan memanah berkuda.

Kemenangan menjadi lebih bermakna apabila mereka hanya menggunakan dana sendiri hasil jualan kuih dan sokongan daripada datuk dan nenek.

Abdurrahman muncul juara menumpaskan 110 peserta dari 16 negara termasuk Perancis, Belanda, Brazil, Poland, Sepanyol, Jerman dan Amerika Syarikat.

Kejuaraan bawah 14 tahun itu dirangkul anak kedua dari enam beradik ini apabila memenangi tiga format yang dipertandingkan. Manakala Heba Nusaybah mendapat tempat kedua.

Ibunya Nurul Fathim Ridayu Ramli , 39, mengakui usaha dan bantuan keluarga menghantar mereka ke Perancis dengan dana sendiri berbaloi.

“Mereka perlu usaha untuk dapatkan apa yang mereka mahu termasuklah pergi ke Eropah baru baru ini.

“Saya cakap pada mereka memang kos ke sana mahal , saya atuk dan nenek boleh bantu tapi selebihnya mereka perlu usaha sendiri termasuk melakukan jualan untuk mendapatkan dana ke sana,”katanya

Menurutnya, meskipun dikelilingi peserta-peserta lain yang hebat namun mereka menguatkan semangat untuk meneruskan pertandingan.

Malah, sehingga kini sebanyak 10 kejohanan di dalam dan luar negara telah disertai.

“Masa tu kami rasa sangat kerdil yela kami datang bertiga sahaja tengok pula kumpulan lain yang datang dengan jurulatih dan pengurus.

“Awal-awal rasa sedih, tapi alhamdulillah pergi dapat memenangi dan naik podium syukur alhamdulillah.

“saya gembira bila anak-anak saya suka aktiviti ini seperti mana kita tahu ia adalah sunnah. Orang- orang dalam sukan ni pun baik sekaligus baik untuk perkembangan dan pertumbuhan anak anak saya,”katanya.

Dua beradik berkenaan menceburi sukan ini sejak dua tahun lalu dan berguru dengan jurulatih dari Indonesia.

Latihan menunggang kuda dilakukan setiap hari manakala memanah dua atau tiga kali seminggu di Hulu Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini