comscore
Tumpuan :
Nasional

Video dua lelaki bergaduh guna parang, besi di Kota Belud, tular

 

Foto tular

KOTA BELUD: Dua klip video insiden pergaduhan membabitkan dua lelaki menggunakan parang dan besi, tular di media sosial malam tadi.

Rakaman berdurasi sembilan saat dan 30 saat itu memaparkan kedua-dua lelaki itu masing-masing menghayunkan parang dan besi sehingga terkena paha salah seorang mereka.

Pergaduhan kemudian dileraikan orang ramai dan mangsa yang cedera di paha dihantar untuk rawatan di Hospital Kota Belud.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 11.30 pagi semalam berhampiran sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain ketika dihubungi mengesahkan mengenai video tular itu.

“Setakat ini belum ada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak. Bagaimanapun dimaklumkan kedua-dua pihak berdamai dan juga mempunyai kaitan kekeluargaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini