Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cikgu guna bahasa isyarat bantu murid kurang upaya fahami lagu Jalur gemilang

 

PETALING JAYA: Usaha seorang guru menyanyi lagu Jalur Gemilang sambil menggunakan bahasa isyarat ketika sambutan Hari Kebangsaan di sebuah sekolah pendidikan khas di Kuantan baru-baru ini, mendapat perhatian di media sosial.

Video berkenaan dimuatnaik  pengguna @namakulin22 .

Ia menunjukkan guru berkenaan lengkap berbaju Melayu, menyanyi penuh bersemangat ketika berada di atas pentas.

@namakulin22

#signlanguage #belajarbahasaisyarat #cikgulin #husband #pendidikankhas #skpkkuantan #bahasaisyaratmalaysia #fypシ #handsigns #masalahpendengaran #merdeka2023

♬ original sound – namakulin – namakulin

Sekali imbas, gelagatnya itu mungkin nampak biasa, tetapi sebenarnya guru lelaki itu sedang ‘menyanyi’ lagu patriotik sambil menggunakan bahasa isyarat supaya anak muridnya dapat memahami lirik lagu sedang dinyanyikan.

Gelagatnya itu mendapat pujian ramai, malah mengundang sebak kerana usaha bersungguh-sungguh beliau yang tidak mahu murid berkeperluan khas terpinggir.

Malah, seorang pengguna, dzikru.adz, mengusulkan supaya silibus bahasa isyarat dimasukkan sebagai mata pelajaran walaupun sekadar pembelajaran asas.

“Harap-harap ada cadangan bawa masuk silibus bahasa isyarat dalam mata pelajaran di sekolah walaupun pembelajaran asas.

“Ia akan menjadi lebih seronok apabila semua orang boleh berbahasa isyarat,” tulisnya dalam ruangan komen di tiktok berkenaan.

Komen Sam_Sesan juga, mengatakan silibus bahasa isyarat perlu dimasukkan dalam pembelajaran di sekolah.

“Betul…Semua orang kena tahu sekurang-kurangnya asas supaya mudah berkomunikasi dengan murid kurang upaya,” katanya.

Che Eta pula menyatakan terima kasih kepada guru terbabit sambil menzahirkan usaha guru itu adalah yang terbaik.

“Terima kasih cikgu kerana membantu murid berkeperluan khas. Anda adalah yang terbaik,” katanya.

Loading...
Terkini