comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belajar sejarah sambil berhibur menerusi filem ‘6 Jilake’

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Pengarah tersohor, Aziz M. Osman tampil dengan filem terbaru bergenre patriotik melalui naskhah ‘6 Jilake’ yang bakal ditayangkan Februari tahun depan.

Memilih untuk mengangkat kisah Belanda yang mahu merampas lombong bijih ke layar perak pada kurun ke-17, usaha itu dilihat sebagai sumbangannya untuk memastikan generasi muda celik sejarah.

‘6 Jilake’ merupakan perisik upahan belanda yang cuba merampas kawasan lombong emas rahsia yang tersembunyi di Kampung Ketayap.

Watak ‘6 Jilake’ yang dibawa oleh Wan Gegau, Chaoi, Aduka, Souya, Myza Rafika dan Adam John mempunyai kehebatan sendiri dalam bertarung demi mendapatkan habuan daripada pihak kolonial.

“Setiap perwatakan kami bermain dengan pelbagai senjata yang berlainan dan jenis seni silat yang berlainan.

“Sebahagian daripada kami adalah ‘stuntman’ dan ada asas seni bela diri jadi masing masing dalam tu nak tunjuk kebolehan dalam bertarung,” kata Souya kepada Buletin TV3.

Misi mereka tidak berjalan lancar kerana pendekar muda menjadi penghalang.

Dilakonkan oleh Amerul Affendi, ia ternyata menjadi penyeri dalam filem berkenaan.

Pengarah Aziz M.Osman berharap agar karya itu mampu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sekali gus menjadi penanda aras baharu untuk dirinya mengeluarkan lebih banyak filem sedemikian.

“Harapan saya agar selain daripada penonton terhibur dengan filem ini yang tentunya bercorak komedi tapi di bawah sedar mereka dapat serapkan apa yang saya cuba ceritakan sama juga macam apa yang saya paparkan dalam karya saya sebelum ini,” katanya.

Pelakon lain yang turut membintangi filem Eartistic Entertainment terbitan Primeworks Studios ini adalah Saiful Apek, Kazar Saisi dan Remy Ishak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini