comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bakat Qessya bersolek raih pujian

 

Oleh Faiz Rais

SHAH ALAM: Keletah Qessya Ramadhania Shahezan sebagai jurusolek, berjaya menarik jutaan tontonan di aplikasi media sosial.

Si kecil yang baru sahaja berusia tujuh tahun ini, bukan sahaja bijak menyolek diri sendiri bahkan kini sudah ada ‘client’ sendiri.
Ikuti paparan menarik kisah Potret Inspirasi bersama Faiz Rais.

Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Itu boleh digambarkan terhadap Bakat Qessya yang memiliki kemahiran menyolek orang dewasa persis jurusolek profesional.

Gadis comel ini sudah mula menunjukkan minat dalam bidang berkenaan selepas diajar sendiri ibunya, Nurfarah Ardila Othman yang juga ‘makeup artist’.

Kesempatan bertemu Qessya baru-baru ini juga dapat melihat sendiri bakat yang ada.

Manakan tidak walau pada awalnya, sekadar bermain dan suka-suka namun kini si ibu bangga apabila melihat hasilnya.

Bagi si ibu dia bagai melihat jelmaan diri menyolek ‘client’, justeru apa yang akan dilakukan anaknya pada masa depan pastinya akan disokong.

“Selalu saya bawak dia lah, dia temankan saya buat sebagai teman lama-lama dia nampak apa yang saya buat dia tengok dia macam perhati apa yang saya buat.. So lama lama dia minat kat situ.. Mama, saya nak belajar mama.”

“Macam apa yang selalu saya bagi dia pakai tu je yang dia tahu yang tu yang ni cuma dia kadang-kadang tak tahulah namanya apa..sebab dia cuma tahu lepasni pakai ni,” kata ibu Qessya, Nurfarah Ardila Othman.

Tidak menolak ramai yang mahukan khidmat Qeesya, Nurfarah bagaimanapun berkata terpaksa menolak hasrat mereka.

Baginya perjalanan Qeesya masih panjang kerana banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari.

Nurfarah turut bangga dan menzahirkan rasa terharu dengan sokongan ramai pihak yang menonton video tutorial makeup anaknya itu.

Kini lebih 35 juta tontonan video dan lebih 2 juta tanda suka hantaran TikTok dikongsikan ibu saudaranya hingga menjadi tular.

“Dari umur 5 tahun 6 tahun masa mula-mula saya nak belajar 6 tahun tu.. saya cakap dengan mama dulu macam mana nak cari mekap pastu mama saya ajarkan saya dari umur 6 tahun belajar-belajar dah pandai,” kata Qessya.

Kerjaya sebagai jurusolek ini bukanlah sesuatu yang selalu disebut oleh kanak-kanak apabila ditanya, tetapi berbeza untuk si cilik ini.

Bukan hanya setakat hobi tetapi bercita-cita mahu menjadikan jurusolek ini sebagai kerjaya.

Loading...
Terkini