comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ancaman gajah liar: Tanaman musnah, pekebun dakwa rugi setengah juta ringgit

HULU TERENGGANU: Pekebun di enam kampung di sini mendakwa mengalami kerugian lebih RM500,000, selepas tanaman kelapa sawit mereka dimusnahkan gajah liar sejak sebulan lalu.

Lokasi yang terlibat ialah Kampung Teris, Chapu, Gerdong, Padang Setar, Kampung Kuala Jeneris dan Ulu Sat.

Kejadian terbaru malam tadi, dirakam pekerja kebun sawit di Kampung Teris.

Berdasarkan video ini, pekerja warga asing terbabit mendakwa, terdapat lebih 20 gajah liar menceroboh dan memusnahkan pokok kelapa sawit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Haiwan berkenaan turut memusnahkan tanaman pisang dan nenas yang diusahakan penduduk.

Menurut seorang pekebun, Zamani Yusof, 56, kumpulan gajah liar itu merosakkan hampir semua pokok sawit di kebunnya yang baru berusia setahun.

“Kos yang saya keluarkan lebih RM54,000. Siap upah tanam, cuci kebun, beli benih. Tanam tak lama, lebih kurang 4 bulan, habis. Dengan keluasan 14 ekar tu habis disapu dia (gajah).”

Zamani Yusof antara pekebun yang terjejas pendapatan, selepas hampir kesemua tanaman sawitnya didakwa dirosakkan gajah-gajah liar di Kampung Teris

Katanya, gajah berkenaan datang dari hutan simpan berhampiran.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Teris, Mohd Zaki Ali berkata, aduan berhubung serangan gajah itu telah dibuat kepada PERHILITAN Terengganu.

Beliau menggesa pihak PERHILITAN negeri menangkap gajah liar itu seberapa segera dan memindahkannya ke habitat lain

Jelasnya, pencerobohan gajah liar telah berlanjutan sejak 4 tahun lalu dan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini