SLIM RIVER: Kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala arah utara dari Slim River ke Sungkai mulai bergerak perlahan berikutan pertambahan kenderaan warga kota yang pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina, esok.
Kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala arah utara dari Slim River ke Sungkai mulai bergerak pelahan berikutan pertambahan kenderaan warga kota yang pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina, esok. pic.twitter.com/yT40VSQZ91
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 9, 2024
Tinjauan di atas jejantas dekat FELDA Trolak mendapati kenderaan di lebuh raya ke arah utara mulai perlahan manakala arah selatan pula lancar kira-kira jam 10.40 pagi tadi.
Sementara itu, aliran trafik di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara pula dari Slim River ke Sungkai juga berlaku peningkatan pertambahan kenderaan.
Susur keluar masuk di Plaza Tol Slim River digunakan oleh kenderaan di lebuh raya yang hendak hendak ke utara dengan menggunakan plaza tol berkenaan sebelum menuju ke jalan persekutuan.