comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 15 cikgu raikan Hari Guru di dasar laut Pulau Perhentian

PULAU PERHENTIAN: Menjelang Hari Guru tahun ini, warga pendidik membuka tirai sambutan itu dengan pelbagai program dengan cara tersendiri.

Di Terengganu, 15 guru melakar sejarah apabila melakukan aktiviti menyelam untuk meraikan sambutan Hari Guru di dasar laut di Pulau Perhentian.

Acara sambutan dianjurkan Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut.

Program diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai penganjur pertama meraikan Hari Guru di dasar Taman Laut di Pulau Perhentian.

Majlis sambutan itu disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah.

Abdul Muie yang turut menyertai selaman berkata, aktiviti berkenaan sebagai penghargaan dan meningkatkan motivasi warga pendidik.
33 penyelam terdiri dalam kalangan 15 guru Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta kakitangan CBP.

Mereka mula menyelam pada pukul 10.30 pagi dan menghayati keindahan alam dasar laut kira-kira 45 minit dan lebih menarik ada yang memakai pakaian seorang guru dengan kemeja dan tali leher ketika menyelam.

Acara turut meningkatkan kesedaran keselamatan di dalam air, mengasah kemahiran dan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi sukan selam skuba dalam kalangan guru.

Secara tidak langsung memperkenalkan Pulau Perhentian sebagai lokasi selam skuba dan selam snorkeling yang terkenal.

Loading...
Terkini