comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] `Van sekolah’ disita, pemandu ditahan

SEREMBAN : Kedegilan tiga pemandu yang menggunakan jalan mudah apabila menggunakan van persendirian untuk mengangkut murid tanpa permit, nyata memakan diri apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.

Bukan sahaja van kelihatan uzur, malah kenderaan itu tidak dicat mengikut standard warna van sekolah berwarna jingga selain tiada tertulis perkataan ‘Bas Sekolah’.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pihaknya melaksanakan penguatkuasaan khas terhadap van sekolah tanpa permit yang menjalankan kenderaan perkhidmatan awam di sekitar Seremban serta Nilai, semalam dan hari ini.

Tiga van tanpa permit yang membawa murid sekolah ditahan dalam operasi khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan di Nilai dan Seremban. – FOTO : Ihsan JPJ

“Dalam operasi yang membabitkan enam anggota penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan ini, sebanyak tiga pemandu ditahan dan diambil tindakan kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa atau orang ramai supaya menitikberatkan penggunaan pengangkutan yang sesuai bagi menghantar anak ke sekolah demi keselamatan anak mereka.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan atau mana-mana pengangkutan awam yang mempunyai permit bagi memastikan perjalanan selamat.

“Dalam masa yang sama, JPJ akan melaksanakan tindakan penguatkuasaan berterusan untuk membendung aktiviti kenderaan persendirian yang menawarkan perkhidmatan van sekolah tanpa permit,” katanya.

Loading...
Terkini