comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Van pelancong jatuh gaung, seorang penumpang maut

 

Oleh: Selwam Arjunan

BALIK PULAU: Seorang penumpang wanita disahkan meninggal dunia dalam kemalangan van pelancong membawa warga Singapura jatuh ke dalam gaung di Teluk Kumbar, di sini, sebentar tadi.

10 mangsa lain termasuk pemandu van yang merupakan warga tempatan dilapor selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.14 malam.

Sejurus tiba di lokasi di Jalan Teluk Kumbar di Bukit Genting, pihaknya mendapati sebuah van terjunam ke bawah cerun bukit sedalam 20 kaki.

Kerja-kerja menyelamat mangsa sedang giat dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau dibantu BBP lain dan Bomba Sukarela.

Loading...
Terkini