Tumpuan :
Nasional

Van LTdL bawa tiga pelumba terbalik, tiada kecederaan serius

 

BALING: Kemeriahan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dikejutkan dengan insiden kemalangan membabitkan van yang membawa pasukan ketika di peringkat ketiga dari Jeli ke Baling.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO), Emir Abdul Jalal, van yang membawa pasukan Giant Cycling Team itu terbalik ketika membawa pelumba melaui zon neutral di Jeli.

“Van berkenaan membawa tiga pelumba Giant Cycling Team, Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei, ketika kemalangan itu berlaku,” kata Emir.

Ujarnya, ketiga-tiga pelumba berkenaan sebenarnya tidak dapat berlumba hari ini, kerana dibatalkan penyertaaan selepas tiba lewat di pelepasan yang terletak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Disebabkan itu ketiga-tiganya terpaksa menaiki van pasukan untuk menuju ke lokasi penamat yang terletak di Baling.

“Pelumba berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya yang mengesahkan mengenai kemalangan berkenaan.

Pasukan yang berpangkalan di China itu hanya menghantar empat pelumba bagi kempen kali ini dengan seorang lagi wakilnya adalah Deng Penghai.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini