KLUANG: Dua maut, seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah van bertembung dengan lori membawa ikan di Kilometer 17, Jalan Jemaluang Mersing, di sini petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa yang maut adalah pemandu van, Lew Kim Wah, 56, dan penumpangnya, Choong Yee Hoong, 62 dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang.
Katanya, mangsa yang parah adalah penumpang van wanita berusia 67 tahun dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
“Toyota Hiace dari Johor Bahru ke Kuantan telah hilang kawalan kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori membawa ikan.
“Pemandu van meninggal dunia akibat tersepit manakala mangsa penumpang belakang telah tercampak di atas jalan raya dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, penumpang van yang cedera dirujuk ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan.
Katanya, kejadian berlaku di kawasan selekoh dan ketika hujan renyai.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Van bertembung lori ikan, 2 maut dan seorang parah