comscore
Tumpuan :
Nasional

UTHM & UTM Perintis Pembelajaran Digital Universiti Awam

| Oleh Zahir Senapiah

Majlis Menandatangani MoU antara UTHM, UTM dan pihak penaja yang disaksikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bakal menjadi perintis kepada model pembelajaran digital bagi universiti awam di negara ini menerusi pelaksanaan Makmal Artificial Intelligence (AI) atau kecerdasan buatan.

Makmal yang diwujudkan di dua universiti awam berkenaan adalah hasil sumbangan sektor swasta, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkasakan pusat pengajian tinggi awam sebagai pusat pembelajaran digital.

Bagi tujuan itu satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama (MOU) antara penaja iaitu syarikat Telekom Malaysia dan syarikat telekomunikasi Huawei diadakan di UTHM, pagi tadi.

UTHM diwakili Naib Canselornya, Dr Ruzairi Abdul Halim manakala UTM diwalili Timbalan Naib Canselor bahagian Penyelidikan dan Inovasi Profesor Dr. Rosli Md Illias.

Manakala Syarikat telekomunikasi Huawei pula diwakili Ketua Pengarah Eksekutif, Micheal Yuan dan Naib Presiden Eksekutif TM One, Shazurawati Abd Karim mewaliki Telekom Malaysia.

Hadir menyaksikan MOU berkenaan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Syarikat Telekom Malaysia dan Huawei menyumbang RM1 juta bagi membina dua buah makmal terbabit selain melatih 20 orang pensyarah .

Makmal AI antara lain berperanan bagi pusat pengajaran dan pembelajaran PdP, penyelidikan dan inovasi dan pembangunan bakat mahasiswa.

Pada ketika ini usaha itu dijalankan secara hibrid.

“Sasaran utama UTHM adalah untuk mengadakan pendigitalan TVET atau TVET digital target kita dalam 2025” katanya ditemui selepas majlis menandantangani MOU berkenaan di Batu Pahat, pagi tadi.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan Dan Inovasi UTM, Profesor Dr Rosli Md Illias pula berkata, kerjasama yang dijalinkan akan dapat meningkatkan lagi proses pendigitalan di UTM.

Setiap Makmal yang dibina akan dilengkapi dengan komputer, kamera, ‘speaker’ dan papan tulis digital akan turut digunakan untuk bengkel dan peperiksaan secara atas talian.

Loading...
Terkini