comscore
Tumpuan :
Nasional

UTHM universiti awam pertama dapat lesen kendali Latihan Juruterbang Kawalan Jauh (RTPO) diiktiraf CAAM

Ketua pegawai eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazam Mahmud menyerahkan lesen RPTO kepada Naib Censolar UTHM Datuk Dr Ruzairi Abdul Rahman di Putrajaya pada Jumaat.

Oleh: Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi universiti awam pertama diberikan lesen oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengendalikan Latihan Juruterbang Kawalan Jauh (RPTO).

Majlis serah terima lesen berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud kepada Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Ruzairi Abdul Rahman, di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat UTHM, perkembangan itu membuka lembaran baharu kepada UTHM dalam membekalkan persijilan kompetensi berkaitan dron yang diiktiraf CAAM.

“Program itu bukan sahaja tertumpu kepada pelajar universiti, malahan kepada komuniti luar yang merangkumi industri, agensi kerajaan, badan-badan berkanun serta masyarakat umum” katanya.

Apa yang menarik program itu setanding dengan program akademik di universiti yang mana ia disampaikan oleh tenaga pengajar dengan latar belakang bidang aeronautik.

Untuk rekod, UTHM telah lama menjalin kerjasama dengan CAAM termasuk mewujudkan  komponen pelesenan dalam program akademik di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penerbangan Professional) Dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik (Penyenggaraan Pesawat Terbang) Dengan Kepujian.

Program terbabit memberi peluang kepada  pelajar meraih ijazah sarjana muda berserta lesen profesional yang diiktiraf oleh CAAM.

Ia sekaligus memperkukuh usaha  membangunkan profesional TVET berkemahiran tinggi yang dapat memacu inovasi dan pertumbuhan dalam industri aeroangkasa Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini