Nasional

Usul bahas Laporan Ketua Audit, blok pembangkang kosong 

Sumber Youtube Parlimen Malaysia
Kerusi Ahli Parlimen pembangkang kosong di Dewan Rakyat, petang tadi.

Oleh Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Kerusi di blok pembangkang kosong ketika usul membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 dibentang di Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker Alice Lau menerusi  Twitternya berkata wakil rakyat pembangkang tiada di Dewan Rakyat.

Foto: Twitter Alice Lau

Kerusi di blok pembangkang kelihatan kosong setakat jam 3 petang tadi.

Terdahulu, Perikatan Nasional (PN) membantah Dewan Rakyat membahaskan LKAN 2021, atas alasan membahaskan laporan itu bertentangan dengan Perkara 107(1) Perlembagaan, yang menyatakan ia perlu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

Laporan itu dipercayai audit bagi tahun yang mana darurat diisytiharkan ketika wabak Covid-19 melanda ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Transformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 selepas Dewan Rakyat selesai berehat.