Tumpuan :
Nasional

USIM tidak keluarkan arahan ”Kerahan Pelajar”

PETALING JAYA: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menafikan pihaknya ada mengeluarkan kenyataan mengarahkan ‘Kerahan Pelajar’ untuk menghadiri program bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Temu Anwar @ Negeri Sembilan’.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Strategik USIM, hari ini, universiti itu menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan.

“Pihak universiti tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk surat seperti yang ditularkan dan ia adalah palsu.

“Satu laporan polis dibuat dan pelaporan kepada aplikasi media sosial di atas pelanggaran peraturan dan syarat perkhidmatan terhadap akaun berkaitan sudah dilakukan.

“Pihak universiti amat kesal di atas penghasilan dan penularan surat dan maklumat yang tidak berasas ini,” kata kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira dua jam dalam program Temu Anwar@Negeri Sembilan di Dewan Tunku Canselor, USIM, yang dihadiri lebih 3,000 orang penuntut universiti, politeknik dan sekolah menengah sekitar negeri ini.

Loading...
Terkini