comscore
Tumpuan :
Nasional

Usaha menoktahkan kemiskinan tegar perlu diperjelaskan

Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi

Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kaedah pelaksanaan menoktahkan kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat perlu dijelaskan dengan lebih terperinci.

Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi ketika sesi perbahasan di dewan rakyat pagi tadi turut meminta kerajaan menjustifikasikan kelompok miskin tegar itu.

“Sebanyak 1.5 billion telah diluluskan, saya cuma ingin tahu bagaimanakah jumlah ini dibahagikan dan apakah kaedah yang digunapakai untuk membahagikannya.

“Apakah, siapakah yang diiktiraf sebagai miskin tegar atau hardcore poverty, adakah rakyat saya di Sri Aman yang tersenarai sebagai Miskin Tegar?

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan memohon penjelasan di Dewan Rakyat pagi tadi.

Sementara itu, beliau turut menyatakan sokongan untuk melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Ia bagi meluaskan asas pendapatan negera yang telah terbukti berkesan memandangkan sebanyak 175 negara telah melaksanakan sistem cukai berkenaan.

Loading...
Terkini