comscore
Tumpuan :
Nasional

Usaha mencari seorang lagi kanak-kanak masih berjalan

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan

AMPANG: Usaha mencari seorang lagi kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, masih lagi berjalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, operasi SAR hari ini melibatkan 25 anggota terdiri daripada anggota BBP Ampang, pasukan Multi Skill Team (MUSTeam) dan Unit Anjing Pengesan (K9) yang membawa anjing bernama Blake dan Pop.

Katanya, operasi SAR kali ini dibanyu 37 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat berlainan.

“Pencarian dibahagi kepada dua kumpulan. Satu bergerak ke hulu dan satu lagi ke hilir sungai.

‘Kami juga melalukan operasi di kolam takungan air Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Terowong SMART, Berembang, Hulu Klang.

“Belum ada khabar positif dan petunjuk ditemui. Kami juga harap mangsa tidak melepasi perangkap sampah.

“Ketika kejadian, kedalam sungai melebihi 1.5 meter” katanya ketika ditemui pemberita di tapak operasi dekat Kemensah Dalam, di sini, hari ini.

Kata beliau, operasi SAR akan diteruskan sehingga jam 8.30 malam hari ini.

Terdahulu, dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, semalam.

Loading...
Terkini