comscore
Tumpuan :
Nasional

Usaha mencari Ustaz Mohd Hafiz, tiada petunjuk baru ditemui – Bomba 

Foto ihsan JBPM

KULIM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari seorang guru agama berusia 38 tahun dipercayai hilang di kawasan hutan di Pusat Rekreasi Sedim, di sini sejak semalam.

Ketua Zon 3, JBPM Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Rahimi Ali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kehilangan mangsa pada jam 4.25 petang semalam.

Susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech seramai 12 orang dan Pasukan Must Team seramai lima orang serta unit anjing pengesan (K-9) serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Foto ihsan pembaca

“Usaha mencari mangsa, Mohd Hafiz Jasmi yang dilakukan sejak semalam disambung jam 8 pagi hari ini.

“Setakat ini petunjuk yang ditemui di lokasi adalah sebuah kereta Proton Saga yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu.

“Operasi SAR pagi tadi dibahagikan kepada tiga zon iaitu zon pertama dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) menuju ke Puncak Gunung Bintang sejauh enam kilometer (km) manakala Zon 2 dari PKB ke kawasan bahagian bawah (2 km),” katanya di sini hari ini.

Mohd Rahimi berkata, pencarian di zon tiga pula dilakukan dari PKB melalui laluan trek (2 km) dan operasi diteruskan sehingga mangsa ditemui.

Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan renjer hutan.

“Operasi hari ini ditangguhkan jam 5.30 petang tadi berikutan hujan lebat di kawasan itu dan akan disambung semula jam 8 pagi esok,” katanya.

Loading...
Terkini