Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Urus perbelanjaan ikut keperluan elak poket kering


Oleh: Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Tiga bulan pertama tahun ini memberi satu cabaran bagi ibu bapa untuk merancang kewangan berikutan tarikh pembukaan sekolah yang hampir dengan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Tarikh penting dalam tempoh singkat itu membuatkan kebanyakan orang terutama keluarga golongan B-40 mula membuat kira-kira mengenai perbelanjaan mereka.

Mana tidaknya, sesi persekolahan 2025 dijadual bermula pada 16 dan 17 februari, diikuti sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac.

Walaupun agak rumit memikirkan perbelanjaan keperluan bagi hari penting itu, namun jika bijak merancang, ia sedikit sebanyak mampu menghilangkan kerisauan dan beban ibu bapa.

Melihat kepada cabaran kewangan dalam tiga bulan pertama 2025, ramai yang berpendapat menguruskan kewangan yang lebih teliti perlu dilakukan.

Koordinator Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan, Profesor Dr Mohamad Nizam Jaafar berkata, pembelian barang keperluan lebih awal dapat mengelakkan ibu bapa berbelanja lebih tinggi.

Koordinator Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan, Profesor Dr Mohamad Nizam Jaafar.

Ini kerana kadar kenaikan harga barang biasanya akan meningkat dari dua hingga 10 peratus setiap kali menjelang musim persekolahan dan perayaan.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, dengan pelbagai teknologi serba canggih kini, orang ramai disaran memanfaatkan kemudahan disediakan.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Umpamanya aplikasi yang baharu dilancarkan kerajaan ini membolehkan anggaran perbelanjaan dilakukan.

Jelas beliau ibu bapa masih perlu membelanjakan kos untuk buku aktiviti dianggarkan sekitar RM200 hingga RM300.

Untuk baju sekolah, tambahan RM100 hingga RM200 seorang mungkin diperlukan, namun kelonggaran berpakaian diberikan oleh pihak sekolah dapat mengurangkan kos pembelian uniform.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini