comscore
Tumpuan :
Nasional

UPSI terima sumbangan enjin Proton X70 untuk kegunaan pelajar FTV

Prof. Md Amin menerima “mock card” yang disampaikan oleh Chang Lih Kang sebagai simbolik penajaan oleh Proton Group sambil disaksikan Dr Li ChunRong (kiri) dan Salina (dua dari kanan). – Foto ihsan UPSI

TANJUNG MALIM: Bersempena dengan Sambutan Ulangtahun ke-40 PROTON, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menerima sumbangan sebuah enjin Proton X70 daripada Proton Group untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata “mock card” untuk tajaan enjin Proton X70 diterima pada majlis sempena program Fun Ride 2023 yang diadakan di Stadium Proton, Kompleks Sukan Proton, Proton City hari ini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Proton Group dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Group, Dr Li ChunRong atas tajaan enjin itu,” katanya.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ali Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang dan Ahli Dewan Undangan Behrang, Salina Samsudin.

Beliau berkata dengan adanya usaha sama erat ini akan menyemarakkan lagi industri automotif di daerah Muallim.

“Insya-Allah, kami akan aturkan lawatan kakitangan pengurusan Proton Group ke UPSI untuk meneroka potensi kerjasama masa hadapan yang lebih meluas,” katanya.

Prof. Md Amin dan Dr Mohd Azlan (kiri) melihat enjin yang diterima UPSI. Foto ihsan UPSI

Sementara itu Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Dr Mohd Azlan Mohammad Husain pelajar FTV akan menggunakan enjin berkenaan semasa mengikuti kelas.

Menurut beliau ia bakal dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran pelajar-pelajar FTV bagi membolehkan mereka mempelajari sistem dan teknologi terkini kereta-kereta keluaran Proton.

Katanya, ia akan digunakan oleh pelajar di bawah FTV yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekabentuk dan Teknologi serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rekacipta.

Loading...
Terkini