comscore
Tumpuan :
Nasional

UPSI Sports Bowl industri baharu dalam kampus

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyediakan kemudahan baharu, UPSI Sports Bowl bukan sahaja untuk warga kampus malahan terbuka untuk masyarakat mulai 14 September lalu.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata kemudahan yang disediakan itu selaras dengan lima fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi; Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya.

Prof Md Amin meninjau UPSI Sports Bowl

Malah, katanya, UPSI giat membangunkan pelbagai kemudahan selaras dengan konsep universiti yang bermanfaat untuk komuniti.

“Komuniti setempat sebenarnya sebahagian daripada warga kampus yang berhak mendapat limpahan rahmat daripada segala kemudahan dan program yang dilaksanakan universiti,” katanya.

Kemudahan boling 24 lorong yang dilengkapi surau dan kafeteria itu, katanya menjadi tarikan baharu UPSI yang dinanti-nantikan warga kampus dan masyarakat setempat sekian lama.

“Kami mengalu-alukan orang ramai di luar kampus bermain dan bawalah keluarga untuk beriadah untuk mengeratkan kasih sayang menerusi sukan bowling ,” katanya.

UPSI Sports Bowl yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City itu akan dirasmikan oleh Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim bulan depan.

Antara warga UPSI yang sudah mula bermain boling

“Pelbagai kemudahan yang  diwujudkan UPSI seperti kolam renang, UPSI Adventure Park, Lapang Sasar Golf serta UPSI Sports City juga menjadi pemangkin kepada aktiviti pelancongan di daerah Muallim yang terkenal dengan puluhan air terjun yang menjadi destinasi masyarakat, “katanya.

UPSI juga menjadi katalis kepada ekonomi penduduk sekitar terutama sepanjang sesi pengajian dan November nanti akan berlangsung Majlis Istiadat Konvokesyen pula.

“Dengan jumlah pelajar UPSI seramai hampir 20,000, UPSI menjadi penyumbang besar terhadap aktiviti perniagaan dan penginapan di daerah Muallim, ” katanya.

Beliau berkata pelajar-pelajar UPSI yang menjalani Latihan Mengajar (LM) dan Latihan Industri (LI) sangat komited dalam mempraktikkan ilmu yang dipelajari.

“Kami membentuk mahasiswa agar bukan sahaja cemerlang akademik tetapi beradab dan berakhlak kerana itu juga yang dipandang majikan dan masyarakat, ” katanya.

Katanya, UPSI juga melatih kakitangan dan pelajar agar sentiasa prihatin dan berperikemanusiaan terhadap kehidupan masyarakat seperti membantu mangsa banjir, ”

 

Loading...
Terkini