Oleh: Aslina Abu Bakar
SUNGAI BULOH: Pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan membantu keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, dalam penyediaan kos pengurusan jenazah.
Perkara itu dinyatakan salah seorang wakilnya yang hadir di Jabatan Forensik Sungai Buloh, di sini, kira-kira kam 12:20 tengah hari tadi.
Pihak pengurusan Universiti Pendidikan Sultan Idris akan membantu keluarga Nur Farah Kartini Abdullah, dalam penyediaan kos pengurusan jenazah. pic.twitter.com/C37OA8OEEl
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 16, 2024
“Setakat ini kami tidak dapat memberi apa-apa maklumat kerana menghormati keluarga. dan segala maklumat hanya akan diberikan oleh keluarga dan pihak polis.
“Bagaimanapun, pihak universiti akan membantu keluarga Nur Farah Kartini bagi memudahkan pengurusan jenazah,”katanya.
Menurutnya lagi, segala kos akan ditanggung pihak universiti, walau bagaimanapun pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak keluarga Allahyarham sama ada jenazah akan dikebumi di Semenanjung atau Miri, Sarawak.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa