Tumpuan :
Nasional

UPSI, MEITD jalin kerjasama tingkat profesionalisme guru Sarawak

Prof Suriani ( tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Dr. Annuar di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

TANJUNG MALIM: Universiti Pendidikan Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak untuk bekerjasama dalam meingkatkan kecemerlangan bidang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sarawak.

Sempena kunjungan hormat Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat 1 (MEITD) Sarawak, Datuk Dr. Annuar Rapaee ke UPSI semalam ternyata ia membuka lebaran baru untuk UPSI menyediakan platform dan usahasama akademik bertujuan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan guru-guru di Sarawak.

Beliau disambut oleh ahli pengurusan tertinggi UPSI dan sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar.

“UPSI amat mengalu-alukan kunjungan ini dan bersediakan menawarkan program dan kursus yang bersesuaian dengan keperluan dan hasrat MEITD, terutamanya dalam bidang STEM,” kata beliau.

Dr Annuar berkata MEITD berhasrat untuk menyediakan peluang dan biasiswa bagi membuka peluang kepada guru-guru di Sarawak melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang.

UPSI, katanya, menjadi pilihan untuk program kerjasama strategik ini berikutan universiti pendidikan tersohor itu menawarkan 95 program di peringkat pasca siswazah.

Menurut beliau hampir 40 peratus guru-guru Sarawak yang mengajar subjek Matematik dan Sains adalah bukan opsyen.

“Kami berharap dapat membuka lebih banyak peluang kepada guru tempatan untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan kerana ia bukan sahaja akan membawa manfaat kepada guru sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan terutama bagi seluruh rakyat Sarawak” katanya.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran agar selari dengan keperluan masa kini, termasuk projek Yayasan Hasanah yang sedang diterajui oleh UPSI.

Kunjungan itu, katanya, melebarkan sayap UPSI dalam usaha memperluas program pengajian siswazah sekali gus mengukuhkan kedudukan UPSI sebagai Universiti Pendidikan di Malaysia.

“Dengan adanya kerjasama strategik seperti ini, diharapkan lebih ramai guru tempatan yang berminat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana seterusnya kedoktoran dan melahirkan guru yang berkemahiran tinggi, berintegriti dan berdaya saing dalam bidang pendidikan, ” katanya.

Hadir sama Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman serta beberapa dekan fakulti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini