Tumpuan :
Nasional

UPSI jalin kerjasama, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dan (MoA) bersama Durioo Sdn. Bhd., Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk bekerjasama bagi memperkukuh, menggalakkan dan membangunkan kerjasama bersama dalam bidang meningkatkan bidang asuhan, didikan dan perkembangan awal kanak-kanak di antara kedua-dua belah pihak bagi berkongsi kepakaran dan pengetahuan bidang masing-masing.

Naib Canselor UPSI Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata kerjasama ini adalah perkongsian kepakaran terhadap pelbagai usaha dan inisiatif dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak demi pembangunan modal insan negara pada masa akan datang.

“Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), Johor yang memberi kepercayaan sekali lagi kepada UPSI untuk bekerjasama dalam membangunkan Garis Panduan Pengoperasian Jauhar ChildCare Centre (JCC) dengan dana sebanyak RM20,000.00.”

MoU yang ditandatangani di Dewan Jauhar, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Kampus Sultan Azlan Shah itu sekali lagi dapat memberi impak kepada UPSI dan YPKDT dalam membentuk modal insan dan kualiti pendidikan yang lebih cemerlang,” katanya.

UPSI turut memeterai perjanjian persefahaman bersama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), hari ini melalui bidang penyelidikan, penerbitan dan perundingan.

Tidak terkecuali kerjasama dengan syarikat animasi dan pemula teknologi Malaysia yang menyediakan kandungan hiburan berunsurkan Islam iaitu Durioo Sdn. Bhd.

“Pada Februari 2023, UPSI melalui (NCDRC) menerbitkan 20 siri buku siri Dani dan Dina yang menekankan kepada nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian berdasarkan kepada Kurikulum Standard Prasekolah.

USAS diwakili Naib Canselor, Prof Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusuf; YDPKT diwaili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Faezah Md Esa manakala Durioo Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Operasi dan Pengalaman, Nurul Huda Zainal.

Loading...
Terkini