Tumpuan :
Nasional

Upacara Thaipusam Tidak Dibenarkan Di Kuil Bagi Negeri Di Bawah PKP, PKPB

Upacara Thaipusam di kuil di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak dibenarkan pada tahun ini.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan berkata, ia diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 3 Tahun 2021.

“Keputusan ini telah diambil susulan perbincangan Kementerian Perpaduan Negara dengan Ketua-Ketua Agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),”

“Kementerian juga mengambil maklum keputusan semua kerajaan negeri supaya tiada upacara Thaipusam di rumah-rumah ibadat (kuil) di negeri masing-masing pada tahun ini kecuali kerajaan negeri Perlis” kata kenyataan itu.

Tambahnya, mesyuarat teknikal juga bersetuju bahawa upacara Thaipusam boleh dilaksanakan di negeri-negeri di bawah PKPP dengan kebenaran kerajaan negeri yang berkenaan dan mengikuti SOP lebih ketat seperti di Lampiran 1.

Sehingga kini, hanya Kerajaan Negeri Perlis di bawah PKPP yang membenarkan upacara Thaipusam.

Loading...
Terkini