Tumpuan :
Nasional

Unit kondominium hangus dijilat api

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sebuah unit kondominium di tingkat 22, Kenangan Point Condo, Jalan San Peng, di sini, musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan pada 10.01 malam, sebelum 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Pudu dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman.

Komander Operasi Kanan Mohd Suhaimi Mohd Razali, memaklumkan setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah di tingkat 22 dengan keluasan 74.32 meter persegi mengalami kemusnahan 100 peratus.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan kaedah pemadaman secara ofensif dan defensif bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 11.27 malam dan tiada mangsa terbabit dalam insiden itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini