comscore
Tumpuan :
Nasional

UNGA 78: Isu Palestin sentiasa jadi perjuangan Malaysia

NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT: Malaysia berpandangan isu Palestin perlu diperhalusi dengan serius dan pembelaan yang adil perlu dilakukan.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul
kadir berkata menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Enam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Palestin di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, beliau mengesahkan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan Palestin dan komitmen negara terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa dan Palestin.

“Dalam mesyuarat ini, saya telah mengambil peluang untuk menzahirkan kebimbangan Malaysia terhadap kekejaman rejim Israel ke atas rakyat Palestin dan menyeru agar keluarga besar OIC serta masyarakat antarabangsa menentang penindasan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin” kata Zambry.

 

Beliau menegaskan bahawa tindakan mengutuk Israel sahaja adalah tidak mencukupi malah semua pihak perlu mencari jalan untuk memperjuangkan hak rakyat Palestin dan negara itu yang merdeka.

Artikel berkaitan: UNGA 78 : Jurang perbezaan negara Selatan dan Utara perlu dirapatkan-Zambry

“Malaysia berpendirian bahawa Jawatankuasa ini perlu memberi tekanan yang sistematik dan berterusan kepada Israel atas jenayahnya terhadap kemanusiaan, diskriminasi dan penindasannya yang kejam dan dasar apartheidnya”

Beliau berharap semua pihak menyokong kerja dan mandat Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dalam memastikan nasib rakyat di Palestin dijaga dengan baik.

Artikel berkaitan: UNGA 78: Anwar akan beri pandangan isu global dan peranan masyarakat antarabangsa tangani cabaran

Loading...
Terkini