JOHOR BAHRU: Kakak kepada mangsa bunuh Mila Sharmila, 32, atau Bella menyifatkan ketiadaan wanita itu satu kehilangan besar buat keluarganya terutama dua orang cahaya mata arwah.
Menurut Norisham Samsusah, 36, anak arwah Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, masih buntu dengan ketiadaan ibu mereka.
“‘Eusuf mengadu ibunya sering dipukul teman lelakinya semasa mereka keluar bersama-sama.
“‘Uncle’ (suspek) dulu selalu marah-marah ‘mummy’ (panggilan anak Bella kepada ibunya), dia tanya kenapa ‘mummy’ keluar kat TV (televisyen)? ‘Mummy’ keluar dengan ‘uncle’, ‘uncle’ dah kena tangkap. Dia (anak Bella) panggil saya umi. Umi, kenapa ‘mummy’ tak balik?
“Umi dah cakap dengan polis ke belum ‘uncle’ pukul ‘mummy’? Dulu ‘uncle’ selalu pukul-pukul ‘mummy’, anak dia cakap dengan saya. (Suspek) kenal diorang kerana selalu keluar bersama (dia) marah dan minta tolong jangan pukul ‘mummy’, dia cerita kat kami,” katanya.
Dia berkata demikian ketika hadir membuatkan tuntutan jenazah Bella di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.
Norisham yang tinggal di Johor Bahru berkata, selepas ini dia akan menjaga anak sulung Bella itu termasuk adik perempuannya yang kini bersama pengasuh.
Jenazah Mila Sharmila atau Bella akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat hari ini.
Video: NSTP pic.twitter.com/ae2UVrqYTv
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 24, 2024
Jenazah Bella akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang selepas disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat hari ini.
Teman lelaki kepada ibu tunggal dua anak itu, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian Bella pada penghujung Disember lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella
- Rangka orang Islam diurus seperti jenazah biasa – EXCO agama
- [VIDEO] Kes Bella: Keputusan DNA paling lewat minggu depan
- [VIDEO] Rangka manusia ditemui, keluarga Bella dipanggil untuk pengecaman
- [VIDEO] “Saya harap rangka itu bukan Bella” – Kakak
- [VIDEO] Penemuan rangka: Ujian DNA dijangka selesai dalam masa terdekat
- Bella terlentang sedang meronta-ronta, tangan dan kaki terikat – Emak
- Saya yakin teman lelaki Bella tahu mengenai kehilangan adik saya – Norhisham
- ‘Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau…’
- Mahkamah Batu Pahat jadi tumpuan hari ini, pembunuh Bella akan didakwa
- [VIDEO] Teman lelaki Bella didakwa hari ini
- Teman lelaki didakwa bunuh Bella