comscore
Tumpuan :
Nasional

UMPSA pilihan dua pasangan kembar

Dua pasangan kembar (dari kiri) Tong Yi Lin dan kembarnya, Yi Xuan serta kembar Nur Fatin Airesa Zaidi dan Nur Fatin Airena diterima belajar di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).(Foto Mohd Rafi Mamat)

KUANTAN: Dua pasangan seiras memilih Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan (UMPSA) untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Mereka antara  885 pelajar baharu yang mendaftar di kampus Gambang bagi kemasukan sesi 2024/2025.

Bagi pasangan Nur Fatin Airesa Zaidi,18 dan adiknya Nur Fatin Airena yang menetap di Taman Beserah, di sini mereka merupakan antara pelajar dibawah program Akademik Menara Gading Yayasan Al Sultan Abdullah selama dua tahun.

Pasangan berkenaan memilih mengikuti program Diploma Sains Industri, Fakulti Teknologi Sains dan Industri.

Nur Fatin Airesa berkata, dia dan pasangan kembarnya amat bersyukur apabila impian untuk melanjutkan ke UMPSA yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan.

Menurutnya, kali pertama berpisah dengan keluarga tidak menjadi halangan utama buat kami, lebih utama cita-cita untuk melangkah ke menara gading kini telah berjaya dibuktikan.

“Kami bersyukur kerana berpeluang menyambung pengajian peringkat diploma dalam bidang yang kami inginkan walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga, jarak rumah dengan UMPSA kampus Gambang cuma kira-kira 30 kilometer (kg) sahaja.

“Di UMPSA kami ditempatkan dalam satu bilik asrama tingkat tiga bersama dua rakan baru, pengalaman kali pertama tinggal di asrama diharap tidak menjejaskan tumpuan belajar,” katanya.

Bagi Nur Fatin Airena, dia dan kakaknya memilih UMPSA kerana mereka berdua begitu meminati bidang Sains Industri.

Sementara itu, bagi pasangan kembar Tong Yi Lin dan kakaknya,Yi Xuan mereka menolak tawaran kemasukan ke politeknik hanya kerana berminat menyambung pengajian Program Asasi Sains dan Teknologi di UMPSA.

“Kami berharap pemilihan UMPSA berakhir dengan kejayaan membanggakan suatu hari nanti, kami berminat dalam bidang Sains dan Teknologi yang akan menguji kekuatan fizikal dan mental.

“Kami datang dari jauh (Perak) hanya kerana ingin belajar di UMPSA, sebelum ini banyak berita yang memaparkan kejayaan penuntut universiti berkenaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya yang kali pertama tinggal di asrama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini