comscore
Tumpuan :
Nasional

Umat Islam perlu berhijrah dari perkara mungkar, hayati hijrah Rasulullah – PM

Foto: Anwar Ibrahim/ Facebook

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini digesa agar berhijrah daripada melakukan perkara-perkara mungkar serta keluar daripada sifat kemelampauan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perutusan khas Maal Hijrah berkata, umat Islam juga digesa agar terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan.

“Menjelang tahun baru Hijrah 1446 ini, marilah kita bulatkan tekad untuk terus beristiqamah dalam kebaikan, berhijrah dari yang mungkar kepada yang makruf, dari kemelampauan kepada kesederhanaan, dan dari keangkuhan kepada ketawadukan dan kesyukuran.

“Semoga Allah SWT memberkati tiap langkah dan ikhtiar kita, kullu ‘am wa antum bi khayr,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengambil contoh kisah Rasulullah, kisah pengorbanan dalam mendirikan Kota Madinah sememangnya perlu dijadikan sebagai tauladan.

“Perjuangan bagi meraih cita-cita yang tinggi tentunya menuntut pengorbanan. Tatkala kita mengenang peristiwa ulung Hijratur Rasul dan keberhasilan umat mendirikan kota Madinah, harus jua kita mengingat episod derita dan sengsara yang telah menyelubungi umat selama bertahun lamanya.

“Namun baginda tetap mendidik umat agar bersabar dan yakin dengan janji-Nya. Maka dari kekuatan rohani itu terbitnya dasar kenegaraan yang mencerminkan sikap rahmah dan adil buat semua,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini