KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tatatertib dengan menggantung tugas seorang pensyarah yang didakwa terbabit dalam menghantar mesej jelik seksual.
Pusat Komunikasi Korporat UM dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara berkenaan dilaksanakan mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“UM akan terus memastikan persekitaran kampus selamat dan kondusif, termasuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam salah laku tanpa mengira jawatan atau status,” katanya.
Ringkas AI
Tindakan Tegas Universiti Malaya: UM menggantung tugas seorang pensyarah yang didakwa menghantar mesej berunsur seksual, mematuhi peraturan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
Siasatan Aktif: Unit Integriti UM dan pihak polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes ini, dengan universiti berjanji memastikan keadilan ditegakkan tanpa mengira status individu terbabit.
Komitmen Kampus Selamat: UM menegaskan usaha memastikan persekitaran kampus selamat dan kondusif, dengan mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana salah laku.
Kelmarin, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa Unit Integriti UM giat menjalankan siasatan berhubung kes gangguan seksual yang didakwa membabitkan salah seorang pensyarahnya.
Katanya, universiti berkenaan mematuhi semua prosedur dan peraturan yang berkaitan dalam menangani isu terbabit.
“Individu yang dikaitkan juga telah membuat laporan polis dan siasatan turut dijalankan pihak berkuasa, sehubungan itu semua pihak diseru agar memberikan ruang supaya siasatan menyeluruh dapat dilaksanakan,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.