comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ulat Bulu Ganggu Penduduk

 

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Persekitaran yang lembab berikutan cuaca yang tidak menentu sejak seminggu yang lalu menyebabkan sebuah rumah di Kampung Pulau Bahagia, Hulu Terengganu, berdepan gangguan ulat bulu.

Yusnizal Harun, 35 tahun, ketika ditemui berkata, ribuan ulat bulu itu semakin bertambah sejak Jumaat lalu.

Menurutnya lagi, ia kejadian kali pertama sejak dia tinggal hampir 30 tahun di kampung itu bersama emak dan dua anak saudaranya.

Dia telah memanggil syarikat yang mengendalikan perkhidmatan musnah serangga.

Namun mereka sendiri gagal mengenal pasti punca kehadiran ulat bulu itu dalam jumlah begitu banyak.

“Kejadian ini dalam dua minggu lepas tetapi sehari dua ini  terlalu banyak masuk dalam bahagian dapur dan bahagian ruang tamu dan bahagian atas rumah. Jadi kita menghubungi pihak pemusnah serangga bagaimanapun tidak berkesan. Kadang-kadang ia naik sampai ke kuali dan periuk, mujur saya perasan, kalau tak ia dah jadi bahan masakan,” katanya.

Setakat ini tiada lagi ahli keluarganya yang mengalami sebarang kecederaan akibat ulat bulu itu.

Tambah Yusnizal bukan sahaja dilaman rumah, pokok buah-buahan turut dipenuhi ulat bulu.

Namun dia risau ulat-ulat bulu itu akan menyerang keluarga atau jemaah di masjid yang terletak berhampiran dengan rumahnya.

Paling dibimbangi jika ulat bulu itu menyerang kanak-kanak yang bermain di kawasan berhampiran.

Loading...
Terkini