Tumpuan :
Nasional

Ular sawa sepanjang lima meter dijumpai ‘menyorok’ dalam longkang  

KUALA LUMPUR: Seekor ular sawa sepanjang lima meter dijumpai dalam longkang hadapan sebuah rumah di Seksyen 11, Petaling Jaya, petang semalam.

Penemuan reptilia seberat 20 kilogram itu oleh pekerja kontraktor kawasan perumahan terbabit sebelum memaklumkannya kepada pemilik kediaman.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor berkata pemilik kediaman kemudian menghubungi APM Selangor sekitar jam 1.20 petang.

“Anggota APM yang tiba pada jam 2.05 petang mengambil masa hampir 15 minit untuk membawa keluar ular sawa itu dari dalam longkang.

“Kerja-kerja membawa naik keluar ular berkenaan terpaksa mengambil masa selama 15 minit bagi memastikan ular itu tidak dapat bertindak agresif.

“Selain memastikan keselamatan empat anggota APM yang melakukan kerja-kerja menangkap ular,” katanya hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini