Tumpuan :
Nasional

Ular Sawa seberat 120kg ditangkap APM

Foto ihsan APM

KUALA PILAH: Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) menangkap ular sawa batik seberat 120 kilogram (kg) yang baru membaham seekor kambing berhampiran Kampung Terentang, Batu Kikir, di sini.

Ular berkenaan ditangkap dalam operasi kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahahan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Pilah, Leftenan PA Mohamad Ghazali Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk memaklumkan kemunculan reptilia itu berhampiran kandang kambing miliknya.

“Empat anggota dikerah ke lokasi untuk menangkap ular berkenaan dan operasi menangkap ular itu.

“Reptilia itu kelihatan kekenyangan selepas menelan seekor kambing dianggarkan seberat 25 kilogram,” katanya.

Mohamad Ghazali berkata, kehadiran ular berkenaan disedari pemilik kambing yang sememangnya menjadikan haiwan itu sebagai umpan selepas mendapati seekor kambingnya mati.

Ujarnya, ular itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini