comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ular sawa 100 kg sesat dekat balai bomba, ditangkap

FOTO: NSTP

BESUT: Seekor ular sawa seberat 100 kilogram (kg) ditangkap selepas ditemukan di hadapan rumah penduduk di Kampung Raja, di sini, hari ini.

Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mengambil masa kurang lima minit untuk menewaskan reptilia sepanjang kira-kira 10 meter itu.

@buletintv3 Seekor ular sawa seberat 100kg ditangkap selepas ditemukan di hadapan rumah penduduk di Kampung Raja, Besut, hari ini. Empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mengambil masa kurang lima minit untuk menewaskan reptilia sepanjang kira-kira 10 meter itu. #BuletinTV3 #Abangbomba #Besut #Ularsawa ♬ original sound – BuletinTV3

Lokasi penemuan ular sawa itu kira-kira 50 meter dari BBP terbabit.

Memetik laporan BH Online, Ketua BBP Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, sebaik menerima panggilan jam 7.22 pagi empat anggota terbabit bergegas ke lokasi.

“Dengan menggunakan penjerut, anggota kami berjaya menangkap ular itu dalam masa kurang lima minit.

“Ular dikatakan datang daripada semak berdekatan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini