
Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid
KUALA LUMPUR: Unit integriti Universiti Awam (UIUA) kini diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti (LPU) sebagai entiti bebas.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan tersebut adalah sebahagian daripada proses transformasi Universiti Awam dalam memastikan ketelusan melaksanakan tugas dan pemantauan integriti.
“Secara umumnya kita dapati unit integriti univeristi awam ini tidak ada keseragaman ini termasuk dari segi menyediakan bilangan penjawat awam yg berada dalam unit integriti itu sendiri.
“Untuk memastikan unit ini bertindak lebih bebas dan ketelusan maka kita buat keputusan untuk letak unit integriti uni dibawah lembaga pengarah universiti, semua pihak universiti akan dipanggil bagi melaksanakan agenda tarnsformasi ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Parlimen, di sini, hari ini.
UIUA diperkasakan selaras dengan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2025 di bawah Fokus 5 iaitu Governan dan Kepemimpinan.
Langkah lain yang dilaksanakan termasuk penambahan tenaga pakar dengan penglibatan pegawai daripada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pegawai Tadbir dan Diplomatik, serta juruaudit bagi meningkatkan keupayaan penyiasatan dan pemantauan.
Selain Penubuhan Jawatankuasa Integriti Lembaga Pengarah Universiti (LPU) bagi menangani isu tatakelola melibatkan pengurusan tertinggi universiti awam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.