Tumpuan :
Nasional

UiTM salur RM10,000 kepada keluarga penuntut terkorban

FOTO: NSTP

DUNGUN: Bantuan tabung kecemasan sebanyak RM10,000 disalurkan kepada setiap tiga keluarga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di hadapan kampus itu di Kampung Sura Hujung, di sini, malam tadi.

Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Terengganu berkata, bantuan sebanyak RM3,000 sudah diberikan secara tunai, manakala bakinya akan dibuat bayaran segera ke dalam akaun waris.

Selain itu, pihak universiti turut menyalurkan bantuan pengurusan jenazah dan kenderaan jenazah untuk ke kampung halaman mangsa.

“Khidmat kaunseling juga disediakan kepada keluarga sepanjang di Dungun dan kaunselor di lokasi kampung halaman jika perlu.

“Selain pengurusan jenazah dan bantuan kecemasan, pihak universiti juga turut menyediakan penginapan kepada waris di Hotel UiTM Dungun.

“Selain solat jenazah dilaksanakan di Pusat Hidayah di UiTM Kampus Dungun, tahlil dan bacaan Yasin juga akan diadakan bukan saja di sini, malah di seluruh masjid di daerah Dungun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini