Tumpuan :
Nasional

UiTM lakar kejayaan penyelidikan

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengukuhkan kedudukannya dalam dunia penyelidikan dan inovasi dengan pencapaian meraih geran industri berjumlah RM60 juta untuk tahun 2023.

Selain itu sebanyak 16 paten baharu dicipta meliputi pelbagai bidang yang memberi impak kepada industri tempatan dan antarabangsa.

UiTM turut berbangga dengan pengiktirafan antarabangsa diterima 10 saintisnya yang disenaraikan dalam “Top 2% World Scientists.”

Antara penerima pengiktirafan ini ialah Profesor Dr. Fadzlan Sufian daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan dan Profesor Dato’ Dr. Mohamed Ibrahim Abu Hassan dari Fakulti Pergigian, yang menyumbang kepada bidang sains perubatan dan farmaseutikal.

Kejayaan itu dirai dalam Majlis Sanjung Sarjana 2024 yang dihadiri Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr.Norazah Abd Rahman.

Majlis turut memberi penghargaan kepada Profesor Ir. Dr. Nofri Yenita Dahlan, yang juga Pengarah Institut Penyelidikan Solar (Solar Research Institute) UiTM, yang dianugerahkan sebagai Tokoh Penyelidikan UiTM atas sumbangan dan peranan beliau dalam memajukan teknologi hijau di Malaysia.

Turut menerima anugerah, Profesor Madya Dr. Mohd Lokman Ibrahim dari Fakulti Sains Gunaan sebagai Tokoh Penyelidik Cemerlang dan Profesor Madya Dr. Nadiah Abd Hamid dari Fakulti Perakaunan menerima anugerah Penyelidik Harapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini